Skip to main content
Program MyLesen B2
  1. Pelajar Sekolah Menengah
  2. Pelajar Universiti
  3. Belia Dari Keluarga B40
  1. Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  2. Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun (keutamaan kepada calon : sekolah / IPT / IPMARA).
  3. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  4. Sihat fizikal dan mental.
  5. Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  6. Bebas senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.

Pemberian lesen percuma terhad kepada 15,000 peserta

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jpj.gov.my/home/. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan program MyLesen boleh dikemukakan ke: mylesenb2@jpj.gov.my atau 03 – 8892 8714 / 8693

  1. Kementerian Pengangkutan (MOT)
  2. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Keterangan

Inisiatif bagi mempertingkat kebolehpasaran 15,000 pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal).

Objektif
  1. Mempertingkat kebolehpasaran pelajar sekolah menengah/ universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan, dari kumpulan B40, sebagai proses persiapan dan persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan.
  2. Mempertingkat kesedaran keselamatan dan undang-undang jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Tatacara Permohonan
  1. Pendaftaran untuk menyertai Program MyLesen B2 boleh dibuat melalui pejabat JPJ Negeri/Daerah berhampiran.
  2. Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
  3. OKU yang dibenarkan untuk memohon adalah bagi kategori berikut yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:
    • Pendengaran;
    • Pertuturan; atau
    • Pembelajaran.
Kembali