Skip to main content
Terengganu: Bantuan Kepada Orang Yang Berhutang

Kategori asnaf: al-gharimin

Rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu, beragama Islam, terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan asasi serta tidak mempunyai pendapatan atau simpanan yang mencukupi untuk melunaskan hutang tersebut.

Tiada had maksimum. Bantuan boleh diluluskan berdasarkan kuasa melulus pegawai yang berkenaan dan bayaran akan dibuat terus kepada pihak pemberi hutang.
 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maidam.gov.my/index.php/faq 

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

 

Keterangan

Membantu asnaf yang terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan asasi diri dan tanggungannya, termasuk hutang bil telefon dan utiliti.

Objektif

Membantu golongan asnaf yang mempunyai tanggungan hutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti makanan, pakaian, pelajaran, perlindungan dan pengangkutan.

Tatacara Permohonan

Secara 'online' menerusi laman web MAIDAM

Kembali