Skip to main content
Pulau Pinang: Perkhidmatan Bas Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Hospital Pulau Pinang

Orang Awam (Pelawat Hospital)

Tiada syarat permohonan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma untuk menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam.

Perkhidmatan bas shuttle percuma

  1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  2. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
Keterangan

Perkhidmatan bas shuttle percuma ke Hospital Pulau Pinang. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan hospital, serta menyokong pelaksanaan Bandar Mesra Usia melalui penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien khususnya kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Objektif

Mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan Hospital Pulau Pinang dan masalah kekurangan tempat parkir.

Kembali