Skip to main content
Perak: Jualan Sejahtera Rakyat

Program Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) terbuka kepada semua golongan masyarakat. Walau bagaimanapun, kuantiti barangan yang dijual adalah terhad berdasarkan kapasiti kenderaan bergerak yang diubah suai untuk kemudahan pelanggan. Program ini turut menyediakan kemudahan pembelian kepada penerima Kad Perak Sejahtera.

Permohonan bagi penganjuran Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) hanya terbuka kepada penganjur yang ingin mengadakan program kerjasama untuk komuniti atau masyarakat setempat. Penganjur hendaklah menyediakan penajaan tambahan dalam bentuk diskaun, selain subsidi diskaun tetap yang disediakan oleh Perak SADC dan MB Inc.

Diskaun pembelian antara 15% hingga 20% ditaja oleh YB ADUN, agensi berkaitan kerajaan negeri, Jabatan Negeri/Persekutuan, syarikat korporat serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Program ini turut menawarkan sehingga 100 jenis barangan keperluan asas dapur.


Selain itu, terdapat jualan ayam segar pada harga RM7.00 seekor dan telur ayam RM10.00 sepapan oleh usahawan Perak SADC, serta jualan hasil laut segar oleh LKIM.

Tidak Berkenaan.

  • Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR)
  • Perak SADC
  • MB Inc.
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Keterangan

Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) dahulunya dikenali sebagai Program Kedai Bergerak Amanjaya (KB1AJ) dan Kedai Bergerak Negeri Perak (KBNP) yang menjual barangan keperluan asas dapur pada harga berpatutan serta menawarkan diskaun istimewa yang ditaja bersama YB ADUN, agensi kerajaan negeri dan syarikat korporat di hampir 40 lokasi Dewan Undangan Negeri Perak.

Objektif

Program Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) merupakan salah satu inisiatif untuk menangani isu kenaikan harga barangan runcit serta meringankan beban kos sara hidup, khususnya golongan B40 yang memerlukan di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Program ini menawarkan subsidi diskaun antara 15% hingga 20% bagi pembelian barangan keperluan asas dapur.

Tatacara Permohonan

Tiada permohonan diperlukan. Orang ramai hanya perlu mengikuti hebahan jadual operasi Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) melalui saluran Telegram JSR yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lokasi dan tarikh jualan.

Saluran Telegram JSR:
Telegram Jualan Sejahtera Rakyat (JSR)

Kembali