Skip to main content
Perak: Tabarruk Khairat Kematian Negeri Perak

Permohonan adalah terbuka kepada 12 golongan sasar yang telah ditetapkan, yang memenuhi syarat kelayakan program ini.

  1. Penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  2. Penerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk);
  3. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM;
  4. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan e-Kasih;
  5. Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli;
  6. Pesara kerajaan yang menerima pencen di bawah RM1,500.00 dan berkhidmat di Negeri Perak;
  7. Imam, bilal dan siak yang berdaftar serta berkhidmat di Negeri Perak;
  8. Paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang berdaftar serta berkhidmat di Negeri Perak;
  9. Ketua-ketua kampung termasuk ketua kampung baru;
  10. Penerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO);
  11. Individu yang meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana; dan
  12. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang layak secara automatik menerima bantuan ini.

Bantuan kewangan sebanyak RM500.00 akan diberikan bagi setiap kes kematian yang memenuhi syarat kelayakan.

Tidak Berkenaan

  • Pejabat Daerah dan Tanah
  • Pusat Khidmat DUN
  • Pejabat YB EXCO
  • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Keterangan

Pemberian bantuan kewangan kepada waris si mati bagi meringankan beban pengebumian jenazah sebanyak RM500.

Objektif

Meringankan beban kewangan waris si mati dalam pengurusan pengebumian jenazah melalui bantuan kewangan sebanyak RM500 serta membantu memastikan urusan pengebumian dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur.

Tatacara Permohonan
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Penghulu Mukim bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pembangkang.
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui Pusat Khidmat DUN bagi kawasan DUN Kerajaan
Kembali