Skip to main content
Perak: Bantuan Am Bulanan
  1. Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas                                                                                 
  2. Individu / keluarga miskin;
  3. Orang Kurang Upaya (OKU); 
  4. Pesakit melarat / pesakit kronik atau keluarga yang mana pencari nafkah mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan atau sakit yang menyebabkan tidak boleh bekerja;
  5. Tanggungan banduan; dan
  6. Anak-anak yatim yang tidak berwaris.
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia dan jika Penduduk Tetap (Permanent Resident) hendaklah lahir dan bermastautin di Malaysia sebelum tahun 1957; 
  2. Jumlah pendapatan keluarga (isi rumah) tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK  Purata Miskin Perkapita Semasa Semenanjung Malaysia  (mengikut pekeliling  semasa agensi).

RM500 sebulan

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
  2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
Keterangan

Pemberian bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500/bulan

Objektif
  1. Memenuhi keperluan asas bagi meringankan beban penerima bantuan; 
  2. Alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan;                                                                                      
  3. Alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat; dan 
  4. Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tatacara Permohonan

Permohonan secara manual menggunakan Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Borang JKM 18) 

Kembali