Skip to main content
Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam

Warganegara berdasarkan kriteria umur mengikut kategori seperti berikut:

  1. Kategori Berkahwin - Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  2. Kategori Bujang - Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  3. Kategori OKU - Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
  1. Kelayakan mySalam bagi tahun 2024, 2025 dan 2026 adalah berdasarkan penerimaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemas kini dalam program-program yang didaftar oleh penerima.
  3. Skim mySalam terkini melindungi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tertakluk kepada kriteria kelayakan skim. 
  4. Setiap individu yang dilindungi di bawah skim ini akan dirujuk sebagai Orang yang Dilindungi.
  5. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan akan dikira sebagai dua Orang yang Dilindungi. 
  6. Skim mySalam juga telah dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi bermula 2024 hingga 2025, berikutan sambutan positif terhadap perlindungan ini. Selaras dengan sambutan yang memberangsangkan, Kerajaan Malaysia sekali lagi telah bersetuju untuk meneruskan skim ini sehingga 2026.
  1. Manfaat Hospitalisasi - RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari atau RM700 penerima rawatan di hospital kerajaan, tentera dan universiti
  2. Penyakit Kritikal - RM8,000 secara one-off
  3. Peranti Perubatan - maksimum RM30,000 seorang
  4. Skim Dana Sosial (PUI COVID-19) [telah dihentikan] - RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari atau RM700 setahun bagi pesakit yang dikuarantinkan sebagai PUI Covid-19

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=faq_kelayakan 

  1. Kementerian Kewangan (MOF)
  2. Great Eastern Takaful
Keterangan

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Objektif

1. Menyediakan perlindungan kesihatan sosial percuma kepada golongan B40 - menerusi Manfaat Hospitalisasi dan perlindungan terhadap 50 penyakit kritikal yang disenaraikan, bagi meringankan beban kewangan akibat masalah kesihatan.

2. Meningkatkan celik kewangan dan kesejahteraan komuniti - melalui platform FinLit Hub (infografik, video, artikel) bagi membantu rakyat merancang kewangan dan mengelak bebanan hutang berlebihan.

3. Melengkapkan jurang perlindungan sosial menerusi inisiatif Perlindungan Tenang - menyediakan pilihan takaful mampu milik kepada mereka yang tidak layak mendapat perlindungan mySalam, di bawah inisiatif kerajaan untuk kemampanan kewangan dan sosial masyarakat.

Tatacara Permohonan

Tuntutan Penyakit Kritikal 

1. Langkah 1: Sila layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan). 
2. Langkah 2: Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal. 
3. Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor.
4. Langkah 4: Log masuk ke website mySalam dan klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
5. Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah. Seterusnya, klik butang Lampirkan.
  i. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  ii. Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
6. Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

Tuntuan Hospitalisasi

1. Langkah 1: Layari laman rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan). 
2. Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi. 
3. Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan.
  i. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  ii. Salinan nota discaj
4. Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
 

Penyakit Kritikal
Pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit kritikal.

Hospitalisasi
Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web my Salam untuk maksimum 14 hari setahun. 

Kembali