Skip to main content
Perak: Geran Usahawan Perak Sejahtera (Gerak)

Usahawan yang berdaftar SSM dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM150,000

  1. Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah.
  2. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  3. Perniagaan beroperasi di negeri Perak.

Geran one off maksimum berjumlah RM2,000 (mengikut sebutharga)

Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP)

Keterangan

Pemberian bantuan geran kepada usahawan berjumlah maksimum RM2,000 kepada usahawan yang layak

Objektif
  1. Membantu usahawan informal, mikro dan kecil negeri Perak untuk membantu meningkatkan produktiviti perniagaan mereka.
  2. Bantuan kewangan terutama kepada usahawan sektor informal dan mikro bagi membantu perkembangan ekonomi setempat dengan menyediakan rantaian ekonomi baru.
  3. Mengenalpasti kelompok usahawan baru Perak yang boleh diketengahkan ke pasaran yang lebih luas sama ada dalam dan luar negara.
  4. Membantu meningkatkan hasil cukai langsung dan tidak langsung kepada negeri melalui pembayaran pelbagai bentuk cukai oleh usahawan dan juga pembekal yang menerima bantuan dari program ini.
  5. Membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat merangkumi kawasan luar bandar, separa bandar dan bandar di seluruh negeri Perak.
  6. Membantu melahirkan lebih ramai usahawan dari status informal dan mikro kepada usahawan berskala kecil."
Tatacara Permohonan

Permohonan dalam talian melalui sistem https://step.perak.my/sme/ 

Kembali