Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Pemulihan Bencana

Mangsa bencana

  1. Ketua Isi Rumah / mangsa bencana berstatus warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia dan jika Penduduk Tetap (Permanent Resident) hendaklah lahir sebelum tahun  1957;    
  2. Rumah yang terlibat dengan bencana adalah berada dalam negeri Perak dan berstatus rumah kediaman serta berpenghuni; dan
  3. Tiada had pendapatan. 

Tertakluk kepada kadar maksima RM3,000.00

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
  2. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
Keterangan

Pemberian bantuan pemulihan kepada mangsa bencana

Objektif

Membantu meringankan beban mangsa bencana yang mengalami kerosakan rumah kediaman dan peralatan rumah akibat daripada sesuatu kejadian bencana.

Tatacara Permohonan
  1. Mangsa bencana / Ketua Isi Rumah / Perujuk memaklumkan dengan segera melalui telefon atau lain-lain medium kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat lokasi berlaku bencana;  
  2. Pegawai JKM mengadakan lawatan ke rumah yang terlibat / Menyerahkan Borang Permohonan Bantuan Pemulihan Bencana (JKM/Bencana/2024)
  3. Pemohon melengkapkan Borang JKM/Bencana/2024 dan mengembalikan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah beserta dokumen-dokumen sokongan.  
Kembali