Skip to main content
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
  1. Penerima STR Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (eKasih) - Bermula Januari 2026
  2. Penerima STR 2026 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan - Bermula April 2026
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang (eKasih sahaja) dan Warga Emas Tiada Pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.

Penerima yang mempunyai rekod eKasih:

  1. Isi rumah (Berkahwin atau Ibu Bapa Tunggal mempunyai anak) dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar – RM2,400/RM1,200 (RM200/RM100 sebulan bagi Januari-Disember 2026)
  2. Warga emas tiada pasangan dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar – RM1,800/RM600 (RM150/RM50 sebulan bagi Januari-Disember 2026)
  3. Bujang (21-59 tahun) dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar – RM1,200/RM600 (RM100/RM50 sebulan bagi Januari-Disember 2026)

Penerima STR 2026 selain rekod eKasih:

  1. Isi rumah: RM1,200 (RM100 sebulan bagi Januari-Disember 2026)
  2. Warga emas tiada pasangan: RM600 (RM50 sebulan bagi Januari-Disember 2026)
  3. Bujang: RM600 (RM50 sebulan bagi Januari-Disember 2026)

Nota: Amaun kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2026 diluluskan.

Untuk makluman lanjut, sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan https://sara.gov.my/ 

  1. Kementerian Kewangan (MOF)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Yayasan MyKasih
Keterangan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bayaran tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data lulus STR 2026 melibatkan kumpulan Miskin dan Miskin Tegar (eKasih) dan turut diperluas kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih, ubat-ubatan, kebersihan diri dan peralatan persekolahan dengan menggunakan MyKad di pasaraya/kedai-kedai runcit berdaftar

Objektif

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI

Tatacara Permohonan

Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data STR 2026 termasuk penerima STR 2026 dalam rekod eKasih sebagai Miskin Tegar dan Miskin

Kembali