Bantuan barangan dan pakaian perayaan kepada anak-anak yang layak dan memerlukan pada kadar RM150/keluarga
Golongan penerima berpendapatan rendah (Miskin, Miskin Tegar & B40)
- Penerima adalah daripada kategori miskin tegar dan miskin dengan pendapatan isi rumah berdasarkan Pendapatan Garis kemiskinan dan Per Kapita (PGK) semasa bagi Negeri Perak: (Miskin);
- Dibenarkan sebanyak maksima tiga (3) permohonan daripada satu isi rumah yang sama;
- Penerima mestilah warganegara Malaysia. Menetap dan bermastautin di Negeri Perak sekurang-kurangnya 10 tahun (perlu dapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung atau Penghulu Mukim);
- Penerima kanak-kanak berusia lima (5) hingga 17 tahun, manakala penerima warga emas berusia 60 tahun dan ke atas; dan
- Keutamaan diberikan kepada penerima yang tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada lain-lain agensi. Namun, sekiranya penerima telah menerima bantuan kewangan daripada lain-lain agensi tetapi boleh dipertimbangkan sekiranya memerlukan bantuan atas faktor:
i. Penerima berumur lanjut atau tidak berupaya kerja, dan tidak mempunyai waris yang boleh membantu dari segi kewangan; atau/dan
ii. Penerima atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif; atau/dan
iii. Penerima mempunyai tanggungan anak yang ramai. Mempunyai anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah; atau/dan
iv. Keutamaan turut diberikan kepada penerima Orang Kelainan Upaya (OKU).
RM150/ penerima
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak
1. Membantu dan memberi peluang kepada kumpulan sasar yang kurang berkemampuan dari keluarga fakir atau miskin, untuk merasai kemeriahan hari raya bersama keluarga;
2.Membantu meringankan beban ibu/bapa/penjaga/ahli keluarga kumpulan sasar dan menyambut Hari Raya Aidilfitri; dan
3. Mendidik masyarakat untuk sentiasa bersatu hati bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Permohonan akan diterima daripada pelbagai sumber contohnya permohonan secara terus oleh orang awam atau melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Penghulu Mukim, wakil Pertubuhan berdaftar, wakil Badan Bukan Kerajaan NGO, Penggerak Komuniti dan lain-lain pihak yang berkaitan.