Skip to main content
Perak: Skim Bantuan Modal

Golongan Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf yang berniaga dalam skala kecil.

  1. Beragama Islam (Bagi Muallaf – tidak kurang 3 tahun telah memeluk Islam);
  2. Bermastautin di negeri Perak sekurang-kurangnya 3 bulan;
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
  4. Jumlah pendapatan bulanan (kasar) Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan); dan
  5. Tergolong dalam kategori asnaf Fakir, Miskin atau Muallaf;
  6. Mempunyai kemahiran dalam bidang yang diceburi;
  7. Keutamaan diberikan kepada mereka yang berumur 25 sehingga 60 tahun dan tidak mempunyai pendapatan tetap; 
  8. Memiliki lesen/ permit perniagaan/ dokumen pendaftaran perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Vesel daripada Jabatan Perikanan Malaysia / Kad ahli Persatuan Nelayan Kawasan (bagi permohonan bot dan enjin);
  9. Telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan ke atas namun bagi kes-kes tertentu mereka yang menjalankan perniagaan kurang daripada 6 bulan juga boleh dipertimbangkan jika mempunyai perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju; dan
  10. Bentuk perniagaan yang sedang dijalankan adalah berskala kecil.

Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melulus dan belanjawan tahunan MAIPk.

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keterangan

Bantuan Modal Perniagaan mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan

Objektif
  1. Membantu meningkatkan taraf hidup asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf melalui daya usaha sendiri dengan menceburkan diri dalam bidang perekonomian.
  2. Bantuan ini disediakan kepada penerima bantuan MAIPk yang masih berpotensi dan mempunyai keupayaan untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan melalui penyaluran bantuan, alatan atau modal awalan untuk berniaga."
Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) di seluruh negeri Perak.

Kembali