Skip to main content
Perak: Skim Pinjaman Perniagaan (Perak Sejahtera Entrepreneur Programme - Psep)
  1. Peminjam Baru - Terdiri Usahawan PKS, peniaga dan penjaja yang sudah mula berniaga selama 6 bulan.                                                                                                                                 
  2. Peminjam Sedia Ada - berpeluang memohon pinjaman kali kedua untuk mengembangkan perniagaan.                     

SYARAT-SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN

1. Berumur antara 21 hingga 59 tahun

2. Pemohon dan pasangan (jika sudah berkahwin) merupakan seorang warganegara Malaysia

3. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak

4. Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian) dan mempunyai SSM yang sah dan masih berkuatkuasa.

5. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah dan undang-undang Malaysia

6. Mempunyai rekod CTOS dan CCRIS yang baik untuk peminjam dan penjamin

7. Perniagaan yang dijalankan mesti berada dalam skop pembiayaan YBUDR. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

8. Berikut merupakan senarai perniagaan diluar skop pembiayaan YBUDR:-

a) Urusniaga melalui ternakan dan mendapatkan baka ternakan
b) Urusniaga yang melibatkan konsep MLM
c) Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
d) Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi 
e) Perniagaan barangan lusuh/ Kitar semula 
f) Perniagaan bermusim
g) Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit  Amanah, Agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan sebagainya.         
h) Kontraktor Pembangunan

9. Syarat kelayakan sebagai Penjamin adalah seperti berikut:- (Jika memohon pinjaman sebanyak RM5,001 ke atas)

a) Pendapatan tetap atau mendapatkan pengesahan pendapatan daripada penghulu dan digalakan kakitangan awam.        
b) Menerima gaji bulanan
c) Bermastautin di Negeri Perak     

Peminjan Baru - Jumlah pinjaman sehingga RM20,000 sahaja bergantung kepada jenis dan saiz perniagaan.

Peminjam Sedia Ada - Jumlah pinjaman sehingga RM30,000 bergantung kepada rekod bayaran balik pinjaman sedia ada tiada tunggakan bayaran melebihi 3 bulan.

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan

Keterangan

Skim Pinjaman perniagaan PSEP tanpa faedah untuk usahawan PKS, peniaga dan penjaja yang dilindungi oleh Takaful.

Objektif
  1. Membantu mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk di Negeri Perak untuk meningkatkan pendapatan isi rumah melalui perniagaan.                                                                
  2. Memberi kemudahan akses pinjaman perniagaan tanpa faedah bagi menstabilkan perniagaan serta mengembangkan operasi perniagaan kepada penjaja & peniaga kecil.  
Tatacara Permohonan

Dapatkan borang permohonan di Pejabat Urusan YBUDR sahaja. Borang diberi secara percuma. 

Kembali