Skim perlindungan di bawah PERKESO yang menyediakan perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan tidak berkaitan dengan pekerjaan, termasuk pembiayaan kos rawatan perubatan serta faedah berkaitan.
Pencarum PERKESO
Skim LINDUNG 24 Jam diaktifkan secara automatik untuk semua pekerja tempatan yang layak dan berdaftar dengan PERKESO serta memenuhi syarat kelayakan di bawah skim perlindungan PERKESO.
Faedah yang disediakan di bawah LINDUNG 24 JAM adalah seperti berikut:
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani/ Vokasional
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja 24 Jam
- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang menyeluruh kepada pekerja bagi kemalangan bukan bencana kerja yang berlaku di luar waktu bekerja, sekali gus meningkatkan kebajikan dan perlindungan pekerja sepanjang tempoh penggajian.
Mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, perlindungan Skim LINDUNG 24 JAM adalah mandatori. Oleh itu, pekerja tempatan yang tidak memilih untuk menyertai skim ini hendaklah melengkapkan Notis Pelepasan Liabiliti yang boleh diperoleh melalui portal lindungfaedah.perkeso.gov.my
*Tempoh untuk membuat pilihan dan mengemukakan Notis Pelepasan Liabiliti adalah bermula pada 13 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026.