Konsep TASKA OKU adalah suatu pendekatan yang memberi tumpuan kepada keluarga yang mempunyai anak OKU dengan penyertaan bersama NGO, ibu bapa, kanak-kanak, agensi Kerajaan, swasta dan komuniti setempat. Melalui penubuhan TASKA OKU ianya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak kurang upaya serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
Umum
Taska OKU
Kanak-Kanak OKU
- Warganegara Malaysia OKU
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Berumur 4 tahun dan ke bawah
TASKA OKU memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak kurang upaya serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari link https://www.jkm.gov.my/main/article/taska-oku
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan
Objektif
- Membantu ibu bapa / penjaga dan kanak-kanak OKU mendapat perkhidmatan yang sesuai dengan ketidakupayaan yang dihadapi, pada masa yang sama keperluan bagi pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dapat dipenuhi.
- Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga kanak-kanak OKU terutama kepada ibu bapa / penjaga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pengasuhan yang sempurna dan berkualiti bagi anak-anak OKU mereka
Tatacara Permohonan
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan dengan menghubungi Pertubuhan Sukarela Kebajikan berkaitan.
Kembali