Skip to main content
Perak: Kotak Makanan Negeri Perak

KIR - Peserta E-Kasih dan golongan B40

Program Bantuan Makanan Asas adalah untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang terdiri daripada golongan eKasih miskin tegar dan B40. Bantuan disalurkan melalui Pejabat YB ADUN di 59 kawasan DUN. Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar bagi membantu masyarakat yang memerlukan atau ditimpa musibah seperti kehilangan punca pendapatan akibat kemalangan serta bencana alam seperti tanah runtuh, ribut dan banjir.

Setiap penerima akan menerima satu (1) kotak Bantuan Makanan Asas bernilai RM64.50 termasuk kos pembungkusan dan penghantaran.

Tidak Berkenaan

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR)

Keterangan

Pemberian Kotak Makanan Asas yang mengandungi Beras Super Import 5kg, Minyak Masak Botol 2kg, Gula 1kg, Tepung Gandum 1kg, Sardin Cili/Tomato Tin 425gm, Bihun 350gm dan Serbuk Teh 100gm.

Objektif

Keterjaminan bekalan makanan serta meringankan beban belanja dapur keluarga berpendapatan rendah, terutama masyarakat/kumpulan sasar yang tinggal di kampung dan pedalaman yang kurang atau tiada akses mendapatkan bekalan makanan asas.

Tatacara Permohonan

Tiada permohonan diperlukan bagi penerima individu kerana bantuan diagihkan oleh Pejabat YB ADUN di 59 kawasan DUN. Walau bagaimanapun, permohonan dibuka kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di Negeri Perak bagi membantu kumpulan sasar yang memerlukan, tertakluk kepada pertimbangan serta baki peruntukan yang tersedia.

Kembali